Sunday, July 29, 2007

Sketsa Sebuah Cinta

CINTA
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si Suami. Ini dialog mereka........

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan Kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi."
"Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Wednesday, July 25, 2007

MATA PELAJARAN BAGI FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG²

KETERANGAN MATA PELAJARAN
FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG²
UNIVERSITI AL- AZHAR
MESIR

Tahun Pertama

1 - Fiqh ( Bab² yang berkaitan dengan Ibadat spt Solat, Berpuasa dll )
2 - Usul Fiqh
3 - Sejarah Perundangan Islam
4 - Ulum Al-Hadis
5 - Pengenalan Ilmu Undang²
6 - Sejarah Undang²
7 - Perlembagaan Undang²
8 - Bahasa Inggeris
9 - Al-Quran
10 - Pertubuhan Antarabangsa
11 - Ilmu Jenayah dan Hukuman
12 - Esei

Tahun Kedua

1 - Fiqh ( Bab² yang berkaitan dengan Muamalat spt Jual beli, Sewa dll )
2 - Fiqh Perbandingan Mazhab ( berkaitan bab Ibadat )
3 - Usul Fiqh
4 - Undang² Antarabangsa Am
5 - Undang² Civil
6 - Ekonomi dan Ko-Operasi
7 - Undang² Pentadbiran Awam
8 - Isu Fqh Semasa
9 - Bahasa Inggeris
10 - Al-Quran
11 - Esei

Tahun Ketiga

1 - Fiqh ( Bab² yang berkaitan dengan Munakahat spt Perkahwinan, Talak dll )
2 - Fiqh Perbandingan Mazhab (berkaitan bab Muamalat )
3 - Usul Fiqh
4 - Undang² Kekeluargaan Islam ( Perkahwinan )
5 - Undang² Civil
6 - Politikal Ekonomi
7 - Undang² Perniagaan
8 - Undang² Jenayah Am
9 - Pentadbiran Kehakiman
10 - Bahasa Inggeris
11 - Al-Quran
12 - Esei

Tahun Keempat

1 - Fiqh ( Bab² yang berkaitan dengan Qada’ spt Kehakiman dan Jihad )
2 - Fiqh Perbandingan Mazhab ( berkaitan bab Munakahat )
3 - Usul Fiqh
4 - Undang² Jenayah Khas
5 - Undang² Civil
6 - Pentadbiran Awam
7 - Prosedur Civil & Perniagaan
8 - Undang
9 - Undang² Kekeluargaan Bukan Islam
10 - Perbendaharaan Harta & Cukai
11 - Terminologi Undang²
12 - Al-Quran
13 - Esei

Tahun Kelima

1 - Fiqh
2 - Fiqh Perbandingan Mazhab
3 - Usul Fiqh
4 - Prosedur Perintah Mahkamah
5 - Undang² Antarabangsa Khas
6 - Undang² Pertanian
7 - Prosedur Jenayah
8 - Undang² Civil
9 - Undang² Kekeluargaan Islam ( Pusaka )
10 - Terminologi Undang²
11 - Al-Quran
12 - Undang² Buruh
13 - Esei

JENIS² MAHKAMAH AWAM DI MALAYSIA

JENIS² MAHKAMAH AWAM DI MALAYSIA

Mahkamah awam di Malaysia ialah antara mahkamah di dunia yang yang mengamalkan sistem mahkamah negara-negara komenwel. Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang institusi mahkamah awam di Malaysia

Mahkamah mempunyai dua bahagian
- Mahkamah atasan
- Mahkamah rendah.


1. MAHKAMAH ATASAN
Mahkamah atasan terdiri daripada tiga kategori iaitu mahkamah persekutuan &mahkamah rayuan dan mahkamah tinggi

1.1 Mahkamah Persekutuan

Anggota :
- Ketua Hakim Negara
- Presiden Mahkamah Rayuan
- Hakim-hakim Negara
- Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan

Bidang Kuasa:
- Sivil - Sebarang kes rayuan yang tuntutan lebih daripada RM250,000
- Jenayah - Sebarang kes rayuan bagi sebarang kesalahan

Kuasa Eksekutif:
- Untuk memulakan perbicaraan bagi kes-kes kesahihan akta daripada
parlimen dan enakmen daripada dewan undangan negeri
- Kuasa untuk memberi nasihat perundangan kepada YDP- Agong

Ciri-ciri Perundangan:
- Ini merupakan mahkamah rayuan tertinggi
- Hanya membicarakan kes-kes rayuan dari mahkamah rayuan
- Minimum tiga orang hakim bagi suatu perbicaraan
- Boleh membatalkan keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang lebih
rendah

1. 2 Mahkamah rayuan:

Anggota:
- Presiden Mahkamah Rayuan
- Hakim - hakim mahkamah rayuan

Bidang Kuasa:
- Sivil - Kes-kes rayuan yang nilai tuntutan melebihi RM 250000
- Jenayah - Semua kes

Ciri-ciri Perundangan:
- Tidak mempunyai bidang kuasa asal (tidak boleh memulakan
perbicaraan bagi sesuatu kes)
- Kesemua kes untuk dibicarakan adalah kes yang dirayu dari mahkamah
tinggi
- Mempunyai kuasa untuk membatalkan keputusan mahkamah tinggi

1.3 Mahkamah tinggi

Anggota:
- Hakim Besar
- Hakim-hakim mahkamah tinggi
- Pesuruhjaya kehakiman ( orang-orang yang mempunyai kelayakan
sama seperti hakim tetapi perlantikan bersifat sementara

Bidang kuasa:
- Sivil - Tuntutan nilai mesti lebih dari RM 10000
- Jenayah - Sebarang kes

Eksekutif:
- membicarakan kes-kes yang melibatkan hukuman mati
- membicarakan sebarang kes yang terletak diluar bidang kuasa
mahkamah² rendah.
- Kesalahan warganegara dan bukan warganegara diatas kapal terbang
yang didaftarkan di Malaysia
- Kesalahan warganegara dan bukan warganegara di ruang udara atau
perairan Malaysia

Ciri-ciri perundangan:
- Mahkamah tinggi mempunyai kuasa untuk membicarakan kes-kes
rayuan dari empat mahkamah iaitu mahkamah sesyen, mahkamah
majistret, mahkamah persekutuan dan mahkamah juvenil
- Boleh memberi nasihat dan menyemak rekod-rekod mahkamah
rendah
- Boleh membatalkan keputusan mahkamah-mahkamah rendah
- Hakim mahkamah tinggi Sabah dan Sarawak akan menjadi hakim
dalam mahkamah bumiputera
- Boleh mengeluarkan injunksi

2. MAHKAMAH RENDAH
Mahkamah Rendah terdiri daripada tiga kategori iaitu
1. Mahkamah Sesyen,
2. Mahkamah Majistret
3. Mahkamah Penghulu


2.1 Makamah sesyen

Anggota:
- Hakim mahkamah sesyen (Yg-Dipertua mahkamah sesyen )

Bidang kuasa:
- Sivil - Kes-kes melibatkan nilai tuntutan tidak lebih RM 250000
- Jenayah - Boleh membicarakan sebarang kes kecuali yang melibatkan
hukuman mati

Ciri-ciri perundangan:
- Tidak ada bidang kuasa membicarakan kes-kes rayuan
- Mahkamah rendah paling tinggi
- Boleh menyemak rekod-rekod dalam mahkamah majistret dan
mahkamah penghulu
- Boleh mengeluarkan saman dan waran
- Membicarakan kes-kes kesalahan undang-undang kecil kerajaan
tempatan

2.2 Mahkamah Majistret (Kelas Satu dan Kelas Dua)

Mahkamah Majistret (Kelas Satu)

Anggota:
-Majistret Kelas satu

Bidang kuasa:
- Sivil - Nilai tuntutan maksimum tidak melebihi RM 25000
- Jenayah - Boleh membicarakan kes-kes hukuman penjara tidak melebihi
10 tahun

Kuasa maksimum:
- Penjara : 10 tahun
- Denda : RM10000
- Sebat : 12 kali

Ciri-ciri perundangan:
- Majistret kelas satu akan menghadiri kes-kes di mahkamah juvenil
- Majistret kelas satu boleh mengeluarkan saman dan waran dan boleh
membicarakan kes-kes kesalahan undang-undang kecil kerajaan
tempatan
- Kes-kes mahkamah penghulu boleh dirayu di mahkamah majistret kelas
satu

Mahkamah Majistret (Kelas Dua)

Anggota:
- Pegawai daerah
- Pegawai perkhidmatan kehakiman
- Jaksa pendamai (JP)

Bidang kuasa:
- Sivil - Tuntutan tidak melebihi RM3000
- Jenayah - Penjara tidak melebihi 12 bulan

Kuasa maksimum:
- Penjara : Tidak melebihi 3 bulan
- Denda : Tidak melebihi RM 1000

Anggota:
- Penghulu

Bidang kuasa:
- Sivil - Kes-kes melibatkan nilai tuntutan tidak melebihi RM 50
- Jenayah - Denda tidak melebihi RM 25

Ciri-ciri perundangan:
- Mengadili kes-kes melibatkan orang-orang Asia
- Sesuatu kes di mahkamah penghulu boleh diminta untuk dibicarakan di
mahkamah majistret