Sunday, October 26, 2008

Bersama Delegasi Dari Sabah ke Univeristi Mansurah

Bersama Delegasi Dari Sabah ke Univeristi Mansurah - 26.10.2008 (Ahad)









Saturday, October 25, 2008

Majlis Bersama Nazrey x-Raihan (Duta Kamus Al Miftah)

Majlis Bersama Nazrey x-Raihan (Duta Kamus Al Miftah) - 25.10.2008

Friday, October 24, 2008

Majlis Ramah Mesra Bersama MB Terenggannu - Dato' Ahmad Said

Majlis Ramah Mesra Bersama MB Terenggannu - Dato' Ahmad Said - 24.0.2008 (Jumaat)

Sunday, October 19, 2008

First Day Ke Kuliah

irst Day Ke Kelas sesi 08/09 - 19.10.2008 ( Ahad )


Seawal jam 7.00pg aku keluar dari rumah, menaiki van untuk ke Damanhur,
jam 10.00pg sampai di kuliah terus mencari dewan (kelas). Kelas pertama untuk pagi ini ialah Undang² Kerja dan kelas kedua BI (Terminologi Undang²). Aku berjaya memenuhi kedua² kelas tersebut, Alhamdulillah..

Untuk Semester ini aku akan belajar untuk 5 subjek sahaja manakala bakinye aku akan ambik di semester kedua nanti (8 Subjek)











Ini la 5 subjek yang terpaksa aku harungi untuk semester ni..

01 - Prosedur Perintah Mahkamah - Dr Mohammad Yahya
02 - Undang² Pertanian - Dr Ahmad Al Annani
03 - Undang² Kekeluargaan Islam ( Pusaka ) - Dr Muhammad Abd Hamid
04 - Terminologi Undang² - Dr Walid Ali Muhammad
05 - Undang² Buruh - Dr Anas Al Basyar

Jalan-jalan dan Makan...

Jalan² Bersama Teman-teman dari Damanhur - 17.10.2008 ( Jumaat )

Selepas Solat Jumaat, aku n gang menuju ke suatu tempat bernama "Mansyiah" semata-mata untuk makan Sea Food..





Bergambar di tepi pantai Mandarah sebelum ke Mansyiah. Keadaan pantai yang tenang kerana ketiadaan pengunjung.









Bergambar sebelum menjamu selera ikan bakar ( Buri Singgari), Sotong goreng dan udang goreng tepung dan syurbah udang.








Kat Medan Mahattah Raml menunggu van untuk balik umah..sempat lagi berposing tu..

Wednesday, October 15, 2008

Jom Pakat² Gi Kelas...

Jom Gi Kuliah...

Mulai 19 Oktober, aku akan ke kuliah.banyak subjek yang perlu aku tempuhi tahun ini.. . Aku akan bersama-sama dengan dua orang lagi pelajar asing ( Pakistan dan Arzebaijan ). Kedua-dua orang ni satu sektor ngan aku. Kire senang la skit nak rujuk..hehehe ..Berikut adalah senarai subjek aku di Tahun 5 - Kuliah Syariah dan Undang².

01 - Fiqh
02 - Fiqh Perbandingan Mazhab
03 - Usul Fiqh
04 - Prosedur Perintah Mahkamah
05 - Undang² Antarabangsa Khas
06 - Undang² Pertanian
07 - Prosedur Jenayah
08 - Undang² Civil
09 - Undang² Kekeluargaan Islam ( Pusaka )
10 - Terminologi Undang²
11 - Al-Quran
12 - Undang² Buruh
13 - Esei

Disamping subjek²diatas,aku terpaksa repeat dua paper..haha ni yang malas ni..satu subjek thn 3 ( Undang² Civil) satu subjek Tahun 4 ( Prosedur Mahkamah ). Dah boring dah baca buku ni..dah la tebal. x larat nk baca dah..nak kena kaji kes² Mahkamah dam selesaikan kes².

Friday, October 10, 2008

Melawat Sekitar Iskandariah bersama En Fauzi (Setiausaha ke 2 Kedutaan Cairo) dan En Azral Izwan (Setiausaha ke 2 Keduataan Malaysia Riyadh)

Melawat Sekitar Iskandariah bersama En Fauzi (Setiausaha ke 2 Kedutaan Cairo) dan En Azral Izwan (Setiausaha ke 2 Keduataan Malaysia Riyadh) - 7 dan 8 Oktober 2008


Menemani En Fauzi dan rakan sejawatannya dari Riyadh En Azral Izwan melawat sekitar Iskandariah..First at all...aku mengambil En Fauzi sekeluarga kat Carefur Alexandria..makan n solat disitu..Kebetulan masa tu aku bersama Dato' Ahmad Shafee untuk urusan pendaftaran
anaknya ke Fakulti Farmasi.




Aku bersama En Fauzi untuk check in kat appartment untuk berehat sementara menunggu hari petang untuk bersiar-siar sekitar Alex. Pertamanye kami ke "Muntazah" melihat kesan Istana peninggalan Raja Farouk (Raja Mesir yang terakhir). nasib kami x berapa baik kerana x dpt tengok sunset. Selepas itu kami menuju ke bandar Alex dan singgah ke "Kubri Stanley" salah satu jambatan kebanggaan warga Alex.





Selepas tu ke Kubu Salahuddin Al Ayubi di Alex. Setelah penat kami singgah ke restoran Sya'ban untuk menjamu selera Sea Food.






Keesokan pagi..kami check out dari appartment untuk meneruskan melawat sekitar Iskandariah yang belum kami lawati..Kami mula² menuju ke "Bibliotheca Alexandria" merupakan sebuah perpustakaan dan pusat persidangan di Alex. Selepas itu kami meneruskan destinasi kami ke " Roman Teater" dan seterusnya lalu melihat Maqam Abi Darda' As sohabi yang merupakan perawi hadis2 Nabi.





Seterusnya ke "Pompey Pillar" satu tiang yang besar dan setinggi 3 tingkat bangunan yang hasil peninggalan zaman Rom dulu.



Setelah penat melawat, kami ke Carefur untuk solat dan makan disana..En Fauzi n Rombongan bertolak pulang ke Cairo jam 08.00 mlm.

Wednesday, October 1, 2008

Hari Raya AidilFitri

Hari Raya Aidilfitri - 01.10.2008 (Rabu) - ~ Raya Yang Tak Sempurna ~

Majlis Solat Raya yang diadakan di sekitar Masjid Dauran Mandarah yang dimulakan dengan laungan Takbir beramai-ramai oleh warga tempatan disini. Orang ramai mula memenuhi perkarangan Masjid tersebut sebelum jam 6.15. Solat Aidulfitri diadakan pada 6.20 pg dah disusuli dengan bacaan khutbah yang cukup hebat dan padat dgn pengajaran yang berguna.



Selesai solat Aidulfitri, aku ke rumah Pn Habibah Mat Rejab (Aatase Pendidikan Khas) untuk menjamu selera. Aku cuma makan kuih je dan minum 2 cawan milo..x de selera nak makan makanan berat (nasi dll). Oleh kerana terlalu penat aku tertidur sementara menunggu gang2 lain untk pergi beraya ke rumah2 terbuka yang lain.



Aku tak dapat untuk meneruskan untuk bersama-sama kawan-kawan yang lain menziarahi rumah-rumah terbuka kerana aku dah tak larat. Aku terpaksa pulang kerumah untuk tidur. Sampai rumah aku terus tido sampai jam 4 ptg.. Memang penat..Malam tu aku keluar ke Restoran Mo'men..makan sandwish je..n pulang jalan2 tepi pantai je....




Raya Ke 2 - 02.10.2008


Tak banyak rumah yang aku pergi cuma sebelum zohor menerima beberapa orang kawan dari damanhur yang singgah rumah aku dan beraya di rumah Pn Habibah..selepas Zohor aku bersama Adib n Pn Habibah sekeluarga ke Rumah Pelajar² Johor Iskandariah...makan soto n lontong..aku tak makan sebab masalah teknikal :) ..pas tu bergerak ke rumah Hakim - makan laksa..best tu...pas tu pulang ke rumah...rehat je...simpan tenaga untuk ke rumah Pecol - makan rendang n soto kot...ntah aku x berapa tau sgt pasal makan² ni..ok tu je aktiviti hari raya kedua...


Hari Raya ke 3 - Jumaat

Hari ni x de kemana-mana..dok kat rumah je...x de pegi umah terbuke pon...basuh baju n tido je...


Kesimpulan....
Raya yang sempurna tapi sambutan yang x sempurna bagi aku tahun ni kerana sekali lagi tak dapat bersama2 orang tersayang....(orang2 tertentu akan faham). InsyaAllah tahun depan aku akan beraya-raya bersama-sama orang-orang tersebut...Amin...Doakan kejayaan aku agar dapat aku teruskan pengajian n seterusnya dpt menamatkan pengajian ku tahun depan untuk aku dapat beraya bersama-sama...Amin