Saturday, February 21, 2009

Back To School...

Back To School...17.02.2009 - Selasa

Kelas untuk Sem kedua telahpon bermula pada minggu lepas..Aku saje2 pergi ke Kuliah, kot2 Doc dah mengajar tp sebaliknye..
Hampa juga sb ingatkan dah start mengajar..maklum la sem ni aku kena ambik 10..waaa teruk tu...kat sebelah ni sebahagian buku2 yang dah ada..dah la tebal2..bab2 dlm buku2 tu pon bab yang susah n memeningkan kepala..


Berikut adalah Subjek yang aku ambik untuk semester ni :-

Fiqh
Fiqh Perbandingan
Usul Fiqh
Undang-Undang Antarabangsa(Khas)
Prosedur Jenayah
Undang-Undang Civil 4
Al- Quran
Esei







Ni Muqarar Quran yang aku dapat dari pejabat Wakil Kuliah Syariah dan Undang2 Damanhur - Dr Farouk Abu Dunya..




Ada dua Subjek aku kena repeat:
Undang-Undang Civil 3
Prosedur Sivil & Perdagangan

Monday, February 9, 2009

Matruh Dan Siwa

Matruh Dan Siwa - 5-9.02.2009




























































Monday, February 2, 2009

Setuju Pendapat

Setuju Pendapat

Ada sepasang suami isteri tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya. Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya..
Isteri: Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.
Suami: Tak semua.. ada juga yang saya setuju.
Isteri: Tidak. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya
Suami: Tentu ada.. cuma tak kena tempat...
Isteri: Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.
Suami: Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan seorang wanita. Yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?
Isteri: Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita... Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak..
Suami: Haa... saya pun akan masuk bilik yang ada wanita.... Kan saya setuju dengan awak..!!
Isteri: (Nada marah) Dasar lelaki.....!!! Kalau berani buatlah... aku cincang buat sup nanti..
Suami: Aii.. bila aku setuju awak marah pulak...!!!

Mimpi Seorang Isteri

Mimpi Seorang Isteri

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“...
Hehehe

Salah Tafsiran

Salah Tafsiran

Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la." "HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?""Kan kami nie pemain simpanan...".