Wednesday, August 13, 2008

Natijah oh Natijah....

Natijah oh Natijah.... - 13.08.2008 ( Rabu )

Aku saja2 je pegi Damanhur pada hari ni..aku ingatkan natijah x kuar lagi sebab tu x rasa apa2 pon..sebelum ni nk gi tengok natijah..ada la rasa gementar tp hari ni aku pegi dalam biasa je..

Sampai kat kuliah tengok dah ada tampal yang natijah thn 4 nye...so time tu, rasa sakit perut la..rasa nak buang air la..pendek kata macam-macam rasa ada...








Hari tu aku bernasib baik sebab pelajar arab tak ramai yang datang, so senang la aku nak cari angka giliran aku..cari punye cari x de no aku...rupa-rupanya dia letak kat tengah2, sblm ni nama aku last sekali...Alhamdulillah....semua pelajar asing termasuk aku lulus ( dalam kelas cuma ada 3 orang je pelajar asing - aku (malaysia) sorang budak pakistan n sorang budak Russia )



Alakullihal..Sykur Alhamdulillah..aku berjaya juga ke Tahun 5 (thn last). Aku terpaksa repeat dua subjek ( Undang-undang Civil Tahun 3 dan Prosedur Mahkamah Tahun 4 ).



Terima kasih kepada Isteri tersayang dan anak-anak yang sering memberi semangat untuk aku teruskan pengajian aku walaupun terpaksa berjauhan dan x lupa buat kawan-kawan n pegawai2 JPMK yang banyak memberi semangat kepada aku...Thanks

Saturday, August 2, 2008

Joging Di Pesisiran Pantai Iskandariah

Joging Di Pesisiran Pantai Iskandariah - 30.07.2008 ( Rabu )





Aku dah mula joging di pesisiran Pantai Iskandariah bermula di Assofiroh sampai ke San Stefano.First perjalanan aku mengambil masa satu jam dari Assoforah ke San Stefano (kira-kira 10 km)



03.08.2008 - Ahad
Buat kali kedua aku sekali lagi keluar joging..kalau sebelum ini setakat San Stefano sahaja, kali ini aku berusaha untuk mara kehadapan sedikit untuk sampai ke "Kubri Stanley".






Aku berehat di San Stefano selama 20 minit sebelum meneruskan jogingku ke Kubri Stanley. Perjalanan kali ini mengambil masa 2 jam 15 minit..







Friday, August 1, 2008

Melawat Sekitar Iskandariah bersama Ust Zainuddin - Atase Pendidikan

Melawat Sekitar Iskandriah... - 30-31.07.2008 ( Rabu-Khamis)

Giliran Ust Zainuddin bertugas di JPMKcI...tiba di iskandariah lebih kurang jap 8.00 mlm dan seterusnya aku membawa Ust Zainuddin sekeluarga menjamu selera di satu restoran "Sea Food" SYA'BAN di Mansyiah dan sempat melawat beberapa tempat dan melihat keindahan Bandar Iskandariah pada waktu malam...









Aku dan Ust Zainuddin ke opis sementara isteri dan anak-anak nya turun mandi pantai..tamat waktu opis terus menjamu selera di Restoran Hadralmaut.












Sebelum Ust Zainuddin pulang ke Cairo, aku sempat membawa Ust Zainuddin sekeluarga masuk ke Muntazah.Sebelum pulang ke Cairo kami singgah minum kopi kat Fathallah Market.

Sunday, July 20, 2008

My Wife n Daughter's Birthday - 20.07.2008

My Wife n Daughter's Birthday - 20.07.2008 ( Ahad )

Majlis sambutan Hari Jadi untuk Isteri (Hariani ) dan Anak perempuanku ( Nik Nurul Anis Amani ) yang tersayang pada hari yang sama 20.07.2008...aku meraikannya walaupun tanpa kedua-duanya. Sedih jugak la









Majlis dihadiri oleh En Mohd Puat Bin Yusof - Atase Pendidikan JPMK sekeluarga dan beberapa teman rapat di Iskandariah..
Majlis dimulakan dengan bacaan Doa selamat yang dibacakan oleh Ust Lokman...dan selepas itu disajikan dengan hidangan Mee Bandung yang di sediakan oleh kawan aku " Ammu Dibu".Thanks Dib...










Ucapan terima kasih juga buat teman serumah aku "Dr Jiman" yang sudi menolong menjayakan majlis tersebut..dan thanks juga buat Dr Shuib n Dr Ibrahim yang datang dari kaherah bg memeriahkan majlis.Tak lupa juga ucapan terima kasih juga buat adik-adik Alex yang ramai-ramai datang.

Friday, July 18, 2008

My TeaM

18.07.2008 - Jumaat..

Ni la "My TeaM" Futsal...yang selalu aku main kat Dewan Thusun...main sekadar untuk bersukan dan semata-mata untuk keluarkan peluh...gambar ni merupakan kali ketiga aku main..first main abis sakit urat aku...maklumla lama x main kan...

Tuesday, June 10, 2008

Bersama Menteri MECD

7 Jun 2008 - Sabtu

Kunjungan Menteri Pembangunan Usahawan Dato' Noh Bin Omar serta Isteri bersama beberapa rombongan datang ke Iskandariah untuk merasmikan bangunan "Asrama MARA Iskandariah".Perasmian berlangsung seperti yang di rancangkan.


Dalam majlis tersebut aku cuma kaki sibuk, buat-buat sibuk je tp penat juga. Sempat juga aku bergambar dengan Dato' Noh Bin Omar serta Isteri beliau...

Sunday, June 1, 2008

The Pharaonic Village

10 Mei 2008 - The Pharaonic Village..

06.00 pagi : Bertolak dari Alexandria menuju ke Kaherah
10.00 pagi : Masuk ke kawasan"The Pharaonic Village".



















- Menaiki bot untuk melihat replika² yang berkaitan dengan Firaun.










- Kami dibawa oleh seorang pemandu pelancong untuk menerangkan serba sedikit hal² yang berkaitan yang ada dalam kawasan tersebut.





- Ke Muzium Firaun dan Muzium Islam.
- Ke Muzium Mumia dan Pyramid.
- Muzium peringatan Presiden Mesir ( Jamal Abd Nasir dan Anuar Sadat )







01.30 tgh : Kami keluar dari " The Pharaonic Village"

Trip sungguh menarik..dapat melihat dan mengetahui hal² tentang Firaun walaupun hanyalah melihat replika sahaja..InsyaAllah ada rezeki dan masa yang sesuai, akan sampai jua ke tempat asal..InsyaAllah...

Monday, April 28, 2008

Melawat Sekitar Hurghada

17.04.2008 ( Khamis )

08.00 pg
: Bertolak dari Iskandariah menuju ke Kaherah.
02.00 ptg
: Bertolak bersama peserta rombongan dengan bas.








09.30 mlm
: Selamat tiba di Hurghada.
: Taklimat untuk peserta Kursus


18.04.2008 ( Jumaat )

06.00 pg
: Senaman dan jogging di tepi pantai Hurghada.








07.00 pg
: Sarapan Pagi dan menyediakan tempat Kursus
08.00 pg
: Kursus bermula.
- En. Puat Bin Yusof
- Pn. Habibah Bt Mat Rejab
- En. Yazit Bin Kechik
12.00 tgh
: Solat Jumaat dan makan tengahari.
04.00 ptg
: Melawat sekitar pantai Hurghada dan program merehatkan minda
: Mandi pantai








: Menaiki bot untuk melihat keindahan dan keajaiban batu karang yang ada
di dasar Laut Merah.
08.00 mlm
:Sambungan Kursus
- Pn Rohayah Bt Ramly
09.30 mlm
: Majlis perpisahan untuk Pn. Rohayah Bt Ramly








11.00 mlm
: Makan malam dan acara bebas.


19.04.2008 ( Sabtu )

07.00 pg
: Sarapan pagi.
08.30 pg
: Slot terakhir
- En Azhari Bin Yaacob
10.00 pg
: Soal jawab bersama penceramah, majlis penutup dan pembahagian sijil.
11.00 pg
: Ke Bandar Hurghada Baru ( membeli belah )







12.00 tgh
: Check out di Hotel dan bertolak pulang.







08.00 mlm
: Tiba di DMAK.

Melawat Sekitar Matruh dan Siwa

Khamis (20.03.2008)
7.00 pagi
: Bertolak dari Iskandariah
: Ziarah Kesan Sejaran Perang Tiga Serangkai ( British-Italy-German)







12.00 tgh

: Sampai di Matruh
: Melawat Pantai Cleopatra







: Melawat Pantai Agiba







4.00 ptg
: Santapan Jasmani (tempat penginapan)
6.30 mlm
: Acara Bebas
: Bersiar di sekitar Matruh
: Bazar Libya

Jumaat (21.03.2008)
7.00 pg
: Sarapan pagi (Perjalanan ke Siwa)
11.00 pg
: Sampai Siwa (disambut oleh kenalan arab sekuliah-Syeikh Idris)
: Melawat Jabal Mauta
12.00 tgh
: Berehat (Solat Jumaat)
: Makan tengahari (disediakan oleh Syeikh Idris)
3.00 ptg
: Melawat Kubu Iskandar Maqdumi
: Melawat Ma’bad Amoun
: Melawat Kolam Cleopatra
: Melawat Jazirah Fatimas
5.00 ptg
: Check In di Hotel – Hotel Iskandariah ( bermalam di Siwa )
: Acara Bebas (bersiar-siar sekitar pekan Siwa)

Sabtu (22.03.2008)
8.00 pg
: Check out dari hotel.
8.30 pg
: Ke Kota Lama Siwa ( Syali Siwa )
10.00 pg
: Melawat Kilang Air Mineral ( Hayat )
11.00 pg
: Bertolak Pulang ke Matruh
3.00 ptg
: Berehat di Pantai Romel
: Acara Bebas
6.00 ptg
: Bertolak Pulang ke Iskandariah
10.30 mlm
: Sampai di Iskandariah

Thursday, August 2, 2007

Kasih Seorang Insan Bernama Ibu..Sayangi Ibu BApa Anda...

Kasih ibu....
Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutupwajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.ermmm Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih bergantisehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapunmengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telingaitu yang kini telah memasuki a! lam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanyakepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak- kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...
"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telahmendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, " kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagaimanusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasarendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan -rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimana pun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cupingtelinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap! cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yangpernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Ps :
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cintasejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapipengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'