JENIS² MAHKAMAH AWAM DI MALAYSIA
Mahkamah awam di Malaysia ialah antara mahkamah di dunia yang yang mengamalkan sistem mahkamah negara-negara komenwel. Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang institusi mahkamah awam di Malaysia
Mahkamah mempunyai dua bahagian
- Mahkamah atasan
- Mahkamah rendah.
1. MAHKAMAH ATASAN
Mahkamah atasan terdiri daripada tiga kategori iaitu mahkamah persekutuan &mahkamah rayuan dan mahkamah tinggi
1.1 Mahkamah Persekutuan
Anggota :
- Ketua Hakim Negara
- Presiden Mahkamah Rayuan
- Hakim-hakim Negara
- Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan
Bidang Kuasa:
- Sivil - Sebarang kes rayuan yang tuntutan lebih daripada RM250,000
- Jenayah - Sebarang kes rayuan bagi sebarang kesalahan
Kuasa Eksekutif:
- Untuk memulakan perbicaraan bagi kes-kes kesahihan akta daripada
parlimen dan enakmen daripada dewan undangan negeri
- Kuasa untuk memberi nasihat perundangan kepada YDP- Agong
Ciri-ciri Perundangan:
- Ini merupakan mahkamah rayuan tertinggi
- Hanya membicarakan kes-kes rayuan dari mahkamah rayuan
- Minimum tiga orang hakim bagi suatu perbicaraan
- Boleh membatalkan keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang lebih
rendah
1. 2 Mahkamah rayuan:
Anggota:
- Presiden Mahkamah Rayuan
- Hakim - hakim mahkamah rayuan
Bidang Kuasa:
- Sivil - Kes-kes rayuan yang nilai tuntutan melebihi RM 250000
- Jenayah - Semua kes
Ciri-ciri Perundangan:
- Tidak mempunyai bidang kuasa asal (tidak boleh memulakan
perbicaraan bagi sesuatu kes)
- Kesemua kes untuk dibicarakan adalah kes yang dirayu dari mahkamah
tinggi
- Mempunyai kuasa untuk membatalkan keputusan mahkamah tinggi
1.3 Mahkamah tinggi
Anggota:
- Hakim Besar
- Hakim-hakim mahkamah tinggi
- Pesuruhjaya kehakiman ( orang-orang yang mempunyai kelayakan
sama seperti hakim tetapi perlantikan bersifat sementara
Bidang kuasa:
- Sivil - Tuntutan nilai mesti lebih dari RM 10000
- Jenayah - Sebarang kes
Eksekutif:
- membicarakan kes-kes yang melibatkan hukuman mati
- membicarakan sebarang kes yang terletak diluar bidang kuasa
mahkamah² rendah.
- Kesalahan warganegara dan bukan warganegara diatas kapal terbang
yang didaftarkan di Malaysia
- Kesalahan warganegara dan bukan warganegara di ruang udara atau
perairan Malaysia
Ciri-ciri perundangan:
- Mahkamah tinggi mempunyai kuasa untuk membicarakan kes-kes
rayuan dari empat mahkamah iaitu mahkamah sesyen, mahkamah
majistret, mahkamah persekutuan dan mahkamah juvenil
- Boleh memberi nasihat dan menyemak rekod-rekod mahkamah
rendah
- Boleh membatalkan keputusan mahkamah-mahkamah rendah
- Hakim mahkamah tinggi Sabah dan Sarawak akan menjadi hakim
dalam mahkamah bumiputera
- Boleh mengeluarkan injunksi
2. MAHKAMAH RENDAH
Mahkamah Rendah terdiri daripada tiga kategori iaitu
1. Mahkamah Sesyen,
2. Mahkamah Majistret
3. Mahkamah Penghulu
2.1 Makamah sesyen
Anggota:
- Hakim mahkamah sesyen (Yg-Dipertua mahkamah sesyen )
Bidang kuasa:
- Sivil - Kes-kes melibatkan nilai tuntutan tidak lebih RM 250000
- Jenayah - Boleh membicarakan sebarang kes kecuali yang melibatkan
hukuman mati
Ciri-ciri perundangan:
- Tidak ada bidang kuasa membicarakan kes-kes rayuan
- Mahkamah rendah paling tinggi
- Boleh menyemak rekod-rekod dalam mahkamah majistret dan
mahkamah penghulu
- Boleh mengeluarkan saman dan waran
- Membicarakan kes-kes kesalahan undang-undang kecil kerajaan
tempatan
2.2 Mahkamah Majistret (Kelas Satu dan Kelas Dua)
Mahkamah Majistret (Kelas Satu)
Anggota:
-Majistret Kelas satu
Bidang kuasa:
- Sivil - Nilai tuntutan maksimum tidak melebihi RM 25000
- Jenayah - Boleh membicarakan kes-kes hukuman penjara tidak melebihi
10 tahun
Kuasa maksimum:
- Penjara : 10 tahun
- Denda : RM10000
- Sebat : 12 kali
Ciri-ciri perundangan:
- Majistret kelas satu akan menghadiri kes-kes di mahkamah juvenil
- Majistret kelas satu boleh mengeluarkan saman dan waran dan boleh
membicarakan kes-kes kesalahan undang-undang kecil kerajaan
tempatan
- Kes-kes mahkamah penghulu boleh dirayu di mahkamah majistret kelas
satu
Mahkamah Majistret (Kelas Dua)
Anggota:
- Pegawai daerah
- Pegawai perkhidmatan kehakiman
- Jaksa pendamai (JP)
Bidang kuasa:
- Sivil - Tuntutan tidak melebihi RM3000
- Jenayah - Penjara tidak melebihi 12 bulan
Kuasa maksimum:
- Penjara : Tidak melebihi 3 bulan
- Denda : Tidak melebihi RM 1000
Anggota:
- Penghulu
Bidang kuasa:
- Sivil - Kes-kes melibatkan nilai tuntutan tidak melebihi RM 50
- Jenayah - Denda tidak melebihi RM 25
Ciri-ciri perundangan:
- Mengadili kes-kes melibatkan orang-orang Asia
- Sesuatu kes di mahkamah penghulu boleh diminta untuk dibicarakan di
mahkamah majistret