Saturday, September 27, 2008

Berbuka Puasa di Damanhur

Berbuka Puasa di Damanhur - 27.09.2008 ( Sabtu )










Majlis berbuke puasa dan Ramah Mesra bersama Pegawai JPMK ( Ust Yazit Bin Kechik dan Ustazah Habibah Mat Rejab) pelajar Damanhur serta solat Terawih bersama-sama di Dewan Darul Huda.

Kami bertolak dari Iskandariah pada jam 4.00 ptg dan tiba di Damanhur jam 5.15 ptg. Sempat kami singgah di pintu masuk Damanhur yang mengandungi lukisan di dinding yang menggambarkan beberapa tempat yang menarik untuk dilawati sekitar Damanhur.











Setelah selesai majlis tersebut, sempat membawa Ust Yazit melawat sekitar bandar Damanhur - antaranya satu "Tiang Replika" yang menceritakan asal usul nama "Damanhur", dan seterusnya membawa rombongan ke Universiti Al-Azhar Damanhur ( Fakulti Pengajian Islam & Bahasa Arab - Pelajar Perempuan ) dan ( Fakuliti Syariah Dan Undang-undang - Pelajar Lelaki )













Pulang ke Iskandariah Jam 9.30 mlm.

Monday, August 25, 2008

Konvokesyen Al Azhar 2008

Majlis Konvokesyen Graduan Malaysia Al Azhar 2008 - 24.08.2008 (Al Azhar Confrence Centre)















Wednesday, August 13, 2008

Natijah oh Natijah....

Natijah oh Natijah.... - 13.08.2008 ( Rabu )

Aku saja2 je pegi Damanhur pada hari ni..aku ingatkan natijah x kuar lagi sebab tu x rasa apa2 pon..sebelum ni nk gi tengok natijah..ada la rasa gementar tp hari ni aku pegi dalam biasa je..

Sampai kat kuliah tengok dah ada tampal yang natijah thn 4 nye...so time tu, rasa sakit perut la..rasa nak buang air la..pendek kata macam-macam rasa ada...








Hari tu aku bernasib baik sebab pelajar arab tak ramai yang datang, so senang la aku nak cari angka giliran aku..cari punye cari x de no aku...rupa-rupanya dia letak kat tengah2, sblm ni nama aku last sekali...Alhamdulillah....semua pelajar asing termasuk aku lulus ( dalam kelas cuma ada 3 orang je pelajar asing - aku (malaysia) sorang budak pakistan n sorang budak Russia )



Alakullihal..Sykur Alhamdulillah..aku berjaya juga ke Tahun 5 (thn last). Aku terpaksa repeat dua subjek ( Undang-undang Civil Tahun 3 dan Prosedur Mahkamah Tahun 4 ).



Terima kasih kepada Isteri tersayang dan anak-anak yang sering memberi semangat untuk aku teruskan pengajian aku walaupun terpaksa berjauhan dan x lupa buat kawan-kawan n pegawai2 JPMK yang banyak memberi semangat kepada aku...Thanks

Saturday, August 2, 2008

Joging Di Pesisiran Pantai Iskandariah

Joging Di Pesisiran Pantai Iskandariah - 30.07.2008 ( Rabu )





Aku dah mula joging di pesisiran Pantai Iskandariah bermula di Assofiroh sampai ke San Stefano.First perjalanan aku mengambil masa satu jam dari Assoforah ke San Stefano (kira-kira 10 km)



03.08.2008 - Ahad
Buat kali kedua aku sekali lagi keluar joging..kalau sebelum ini setakat San Stefano sahaja, kali ini aku berusaha untuk mara kehadapan sedikit untuk sampai ke "Kubri Stanley".






Aku berehat di San Stefano selama 20 minit sebelum meneruskan jogingku ke Kubri Stanley. Perjalanan kali ini mengambil masa 2 jam 15 minit..







Friday, August 1, 2008

Melawat Sekitar Iskandariah bersama Ust Zainuddin - Atase Pendidikan

Melawat Sekitar Iskandriah... - 30-31.07.2008 ( Rabu-Khamis)

Giliran Ust Zainuddin bertugas di JPMKcI...tiba di iskandariah lebih kurang jap 8.00 mlm dan seterusnya aku membawa Ust Zainuddin sekeluarga menjamu selera di satu restoran "Sea Food" SYA'BAN di Mansyiah dan sempat melawat beberapa tempat dan melihat keindahan Bandar Iskandariah pada waktu malam...









Aku dan Ust Zainuddin ke opis sementara isteri dan anak-anak nya turun mandi pantai..tamat waktu opis terus menjamu selera di Restoran Hadralmaut.












Sebelum Ust Zainuddin pulang ke Cairo, aku sempat membawa Ust Zainuddin sekeluarga masuk ke Muntazah.Sebelum pulang ke Cairo kami singgah minum kopi kat Fathallah Market.

Sunday, July 20, 2008

My Wife n Daughter's Birthday - 20.07.2008

My Wife n Daughter's Birthday - 20.07.2008 ( Ahad )

Majlis sambutan Hari Jadi untuk Isteri (Hariani ) dan Anak perempuanku ( Nik Nurul Anis Amani ) yang tersayang pada hari yang sama 20.07.2008...aku meraikannya walaupun tanpa kedua-duanya. Sedih jugak la









Majlis dihadiri oleh En Mohd Puat Bin Yusof - Atase Pendidikan JPMK sekeluarga dan beberapa teman rapat di Iskandariah..
Majlis dimulakan dengan bacaan Doa selamat yang dibacakan oleh Ust Lokman...dan selepas itu disajikan dengan hidangan Mee Bandung yang di sediakan oleh kawan aku " Ammu Dibu".Thanks Dib...










Ucapan terima kasih juga buat teman serumah aku "Dr Jiman" yang sudi menolong menjayakan majlis tersebut..dan thanks juga buat Dr Shuib n Dr Ibrahim yang datang dari kaherah bg memeriahkan majlis.Tak lupa juga ucapan terima kasih juga buat adik-adik Alex yang ramai-ramai datang.

Friday, July 18, 2008

My TeaM

18.07.2008 - Jumaat..

Ni la "My TeaM" Futsal...yang selalu aku main kat Dewan Thusun...main sekadar untuk bersukan dan semata-mata untuk keluarkan peluh...gambar ni merupakan kali ketiga aku main..first main abis sakit urat aku...maklumla lama x main kan...

Tuesday, June 10, 2008

Bersama Menteri MECD

7 Jun 2008 - Sabtu

Kunjungan Menteri Pembangunan Usahawan Dato' Noh Bin Omar serta Isteri bersama beberapa rombongan datang ke Iskandariah untuk merasmikan bangunan "Asrama MARA Iskandariah".Perasmian berlangsung seperti yang di rancangkan.


Dalam majlis tersebut aku cuma kaki sibuk, buat-buat sibuk je tp penat juga. Sempat juga aku bergambar dengan Dato' Noh Bin Omar serta Isteri beliau...

Sunday, June 1, 2008

The Pharaonic Village

10 Mei 2008 - The Pharaonic Village..

06.00 pagi : Bertolak dari Alexandria menuju ke Kaherah
10.00 pagi : Masuk ke kawasan"The Pharaonic Village".



















- Menaiki bot untuk melihat replika² yang berkaitan dengan Firaun.










- Kami dibawa oleh seorang pemandu pelancong untuk menerangkan serba sedikit hal² yang berkaitan yang ada dalam kawasan tersebut.





- Ke Muzium Firaun dan Muzium Islam.
- Ke Muzium Mumia dan Pyramid.
- Muzium peringatan Presiden Mesir ( Jamal Abd Nasir dan Anuar Sadat )







01.30 tgh : Kami keluar dari " The Pharaonic Village"

Trip sungguh menarik..dapat melihat dan mengetahui hal² tentang Firaun walaupun hanyalah melihat replika sahaja..InsyaAllah ada rezeki dan masa yang sesuai, akan sampai jua ke tempat asal..InsyaAllah...

Monday, April 28, 2008

Melawat Sekitar Hurghada

17.04.2008 ( Khamis )

08.00 pg
: Bertolak dari Iskandariah menuju ke Kaherah.
02.00 ptg
: Bertolak bersama peserta rombongan dengan bas.








09.30 mlm
: Selamat tiba di Hurghada.
: Taklimat untuk peserta Kursus


18.04.2008 ( Jumaat )

06.00 pg
: Senaman dan jogging di tepi pantai Hurghada.








07.00 pg
: Sarapan Pagi dan menyediakan tempat Kursus
08.00 pg
: Kursus bermula.
- En. Puat Bin Yusof
- Pn. Habibah Bt Mat Rejab
- En. Yazit Bin Kechik
12.00 tgh
: Solat Jumaat dan makan tengahari.
04.00 ptg
: Melawat sekitar pantai Hurghada dan program merehatkan minda
: Mandi pantai








: Menaiki bot untuk melihat keindahan dan keajaiban batu karang yang ada
di dasar Laut Merah.
08.00 mlm
:Sambungan Kursus
- Pn Rohayah Bt Ramly
09.30 mlm
: Majlis perpisahan untuk Pn. Rohayah Bt Ramly








11.00 mlm
: Makan malam dan acara bebas.


19.04.2008 ( Sabtu )

07.00 pg
: Sarapan pagi.
08.30 pg
: Slot terakhir
- En Azhari Bin Yaacob
10.00 pg
: Soal jawab bersama penceramah, majlis penutup dan pembahagian sijil.
11.00 pg
: Ke Bandar Hurghada Baru ( membeli belah )







12.00 tgh
: Check out di Hotel dan bertolak pulang.







08.00 mlm
: Tiba di DMAK.