Friday, October 10, 2008

Melawat Sekitar Iskandariah bersama En Fauzi (Setiausaha ke 2 Kedutaan Cairo) dan En Azral Izwan (Setiausaha ke 2 Keduataan Malaysia Riyadh)

Melawat Sekitar Iskandariah bersama En Fauzi (Setiausaha ke 2 Kedutaan Cairo) dan En Azral Izwan (Setiausaha ke 2 Keduataan Malaysia Riyadh) - 7 dan 8 Oktober 2008


Menemani En Fauzi dan rakan sejawatannya dari Riyadh En Azral Izwan melawat sekitar Iskandariah..First at all...aku mengambil En Fauzi sekeluarga kat Carefur Alexandria..makan n solat disitu..Kebetulan masa tu aku bersama Dato' Ahmad Shafee untuk urusan pendaftaran
anaknya ke Fakulti Farmasi.




Aku bersama En Fauzi untuk check in kat appartment untuk berehat sementara menunggu hari petang untuk bersiar-siar sekitar Alex. Pertamanye kami ke "Muntazah" melihat kesan Istana peninggalan Raja Farouk (Raja Mesir yang terakhir). nasib kami x berapa baik kerana x dpt tengok sunset. Selepas itu kami menuju ke bandar Alex dan singgah ke "Kubri Stanley" salah satu jambatan kebanggaan warga Alex.





Selepas tu ke Kubu Salahuddin Al Ayubi di Alex. Setelah penat kami singgah ke restoran Sya'ban untuk menjamu selera Sea Food.






Keesokan pagi..kami check out dari appartment untuk meneruskan melawat sekitar Iskandariah yang belum kami lawati..Kami mula² menuju ke "Bibliotheca Alexandria" merupakan sebuah perpustakaan dan pusat persidangan di Alex. Selepas itu kami meneruskan destinasi kami ke " Roman Teater" dan seterusnya lalu melihat Maqam Abi Darda' As sohabi yang merupakan perawi hadis2 Nabi.





Seterusnya ke "Pompey Pillar" satu tiang yang besar dan setinggi 3 tingkat bangunan yang hasil peninggalan zaman Rom dulu.



Setelah penat melawat, kami ke Carefur untuk solat dan makan disana..En Fauzi n Rombongan bertolak pulang ke Cairo jam 08.00 mlm.

No comments: