Saturday, May 2, 2009

Kambing Nazar Aku

"Kambing Khoruf" Nazar Aku - 01.05.2009 (Jumaat)

Alhamdulillah sempurna sudah Nazar aku..seekor khoruf yang berharga 850 Pound Mesir yang seberat kire 25kg..Daging tersebut aku masak untuk dimakan sempena majlis perpisahan Ustzh Habibah dan majlis solat hajat serta tahlil dan doa selamat.

Majlis yang dimulai sebelah petang sempena Majlis Perpisahan Ustzh Habibah Mat Rejab (Atase Pendidikan Khas Iskandariah) yang akan menamatkan perkhidmatannye di Mesir ini pada akhir bulan Mei ini...lebih kurang 350 orang pelajar2 perempuan Iskandariah yang hadir dalam majlis itu.

Pada sebelah malam pula, Majlis Solat Hajat sempena musim peperiksaan ini dan disusuli dengan bacaan YAsin n Tahlil buat Adik Ipar sahabar aku (Us Hakim) yang meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Majlis pada malam itu juga dihadiri oleh beberapa orang tetamu antaranya Ustaz Ishak sekeluarga(MARA), Haji Idris sekeluarga(MARA), En. Kamarul(PETRONAS), En Saiful(PETRONAS).

Dan buat teman2 yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini, Ucapan terima kasih yang x terhingga kepada Amir, Mat Li, Migi, Meri, Hakim, Rohim, Mursyid dan Duan serta tidak dilupakan buat beberapa orang pelajar perempuan yang menolong antaranye Ju, Asiah, Aishah, Masitah, Syaza, Kak Dah, Liza n Huda..Thanks kerana sudi tolong..Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa2 antum/antunna semua..

No comments: